Kos Malik RM250 dua minggu. Kenapa dia minta RM1,300? - Sam

Kos jaga Malik RM250 dua minggu, kenapa minta RM1,300 – Tanya Sam Buckface kepada bekas isteri

SAM BUNKFACE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ekoran tidak mampu membayar nafkah anak terlalu tinggi, vokalis kumpulan Bunkface, Shamsul Annuar Muhammad Baharom atau Sam tetap dengan keputusan untuk meneruskan permohonan pindaan tersebut yang difailkannya pada Mac 2021.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram dua hari lalu, Sam memaklumkan dia hanya perlu membelanjakan sejumlah wang yang kurang daripada yang dituntut bekas isterinya, Aida Azira Hussin untuk menjaga anak mereka, Maleeq yang kini berusia 6 tahun.

“Saya tetap laksana tanggungjawab sebagai ayah, jaga Maleeq setiap dua minggu sebulan tanpa gagal. Kos saya jaga Malik adalah RM250 untuk dua minggu. Kenapa dia minta RM1,300?

“Saya tak pernah tunjuk kesusahan saya di media sosial. Kenapa kena bergantung media sosial untuk tetapkan sama ada mampu atau tidak (bayar nafkah).

“Saya sudah kemuka bukti di mahkamah tentang ketidakmampuan untuk membayar jumlah pemberian nafkah yang tinggi. Aida sedia maklum tentang perkara ini. Nak bukti apa lagi,” ujarnya.

Semalam, Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi sesi pendengaran berhubung permohonan pindaan tersebut. Sesi tersebut bagaimanapun akan dilanjutkan pada 15 Mei depan.

Hadir sama ke sesi tersebut adalah isteri Sam, Puteri Eifa Ezrin Mohd. Kushairi.

Aida yang hadir ke sesi tersebut enggan diwawancara dan segera beredar dari pekarangan mahkamah selepas tamat prosiding berkenaan.

Sam dan Aida bercerai pada Januari 2019 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maleeq.

Sam pada Mac 2021 telah memfailkan pindaan persetujuan pemberian nafkah anak
yang sebelum ini diputuskan sebanyak RM1,000 sebulan (Julai hingga Disember 2020) dan RM1300 sebulan.

Permohonan itu bagaimanapun tidak dipersetujui Aida yang meminta bekas suaminya itu mengemukakan bukti jelas tentang ketiadaan pendapatan atau tawaran persembahan yang dihadapi Sam sehingga mendorong dia memfailkan pindaan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN