Korban cuti raya untuk berkhidmat

Korban cuti raya untuk berkhidmat

PEMERINTAH SJAM Kelantan, Kamarul Aryffin Baharuddin (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan hamper kepada anggota SJAM semasa melancarkan perkhidmatan ambulans kecemasan di Pasir Puteh, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANGGOTA St. John Ambulans Malaysia (SJAM) Kelantan mengorbankan cuti mereka dengan berkhidmat di lima lokasi panas yang sering berlaku kemalangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Lima lokasi tersebut ialah Nilam Puri-Ketereh, Tanah Merah-Jeli-Lebuhraya Timur Barat (Hentian Rehat dan Rawat Jeli), Batu 30 (Machang), Pasir Puteh-Jertih (Dewan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal) dan Kok Lanas (berdekatan Kem Desa Pahlawan).

Penugasan yang bermula Khamis lalu berakhir pada 29 April ini. Pada masa sama, SJAM Kelantan menempatkan sebuah ambulans di setiap lokasi bagi memberi bantuan awal jika berlaku kes kecemasan dan kemalangan.

Pegawai dan anggota SJAM yang bertugas turut membuat rondaan bagi memastikan keadaan berada dalam keadaan baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN