KUALA LUMPUR: Tindakan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik klip video pendek lagu raya berjudul Cak Kun Cak Raya nyanyiannya bukan sahaja melanggar budaya dan tatasusila masyarakat, malah menghina kemuliaan bulan Ramadan. Presiden Persatuan Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid berkata, penampilan ahli perniagaan itu bersama lima penari yang berpakaian baju Melayu ketat dalam keadaan terkinja-kinja juga dilihat tidak sopan untuk dipertontonkan kepada umum. Malah, kata…