Kerjasama polis, penduduk jaga keselamatan sempena balik kampung Aidilfitri

Kerjasama polis, penduduk jaga keselamatan sempena balik kampung Aidilfitri

SEBAHAGIAN warga KRT LEP 4 bergambar bersama anggota polis di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAKNA dengan keselamatan dan keharmonian kejiranan Taman Lestari Putra Seksyen 4, Seri Kembangan, KRT LEP 4 menganjurkan Program Rondaan Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Pengerusi KRT LEP 4, Lt. Kol. Zazali Makding, objektif utama program tersebut bertujuan memaklumkan kepada pihak PDRM mengenai warga LEP 4 yang akan balik kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pada masa sama, ia sebagai usaha berterusan jalinan hubungan erat antara polis dan orang awam.

Wakil dari Balai Polis Seri Kembangan, SM Mohd. Nizam Aris turut memberi taklimat kepada penduduk berkaitan kepentingan mengisi borang Balik Kampung atau menghantar maklumat menerusi aplikasi dalam talian ‘Volunteer Smartphone Patrol’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN