Kedah beri bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai masjid, MKK

Kedah beri bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai masjid, MKK

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada semua pegawai masjid serta pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) di negeri ini

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, peruntukan berjumlah hampir RM800,000 itu merangkumi bantuan kepada 3,924 penerima terdiri daripada 2,386 pegawai masjid seperti imam, bilal dan siak.

“Pemberian itu turut melibatkan 772 pengerusi MKK, 766 setiausaha MKK di seluruh Kedah yang mana bayaran akan dibuat melalui aplikasi i-Sara secara pemindahan tunai secara dalam talian (EFT) bermula 18 April ini. 

“Sumbangan ini diharap dapat membantu mereka membuat persiapan menjelang Aidilfitri,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Minggu lalu, Kedah mengumumkan sebanyak 5,100 penjawat awam negeri itu akan menerima Bantuan Khas sebanyak RM1,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang turut akan dibayar pada tarikh sama. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.