Kebakaran 15 rumah, 106 orang tinggal sehelai sepinggang

Kebakaran 15 rumah, 106 mangsa tinggal sehelai sepinggang

KEBAKARAN yang memusnahkan 15 buah rumah setinggan di Lorong Saga, Kampung Likas, Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 106 orang penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila 15 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Lorong Saga, Kampung Likas semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, 15 buah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.29 malam dan tiga pasukan bomba dari BBP Lintas, Kota Kinabalu dan Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, terdapat kira-kira 15 buah rumah jenis tidak kekal di kawasan seluas 100 x 60 kaki persegi terbakar sepenuhnya dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran empat pancutan 400 kaki sumber air dari jentera fire & rescue tender (FRT), lori tangki dan pili bomba berdekatan.

Berdasarkan maklumat awal, 17 ketua isi rumah yang terdiri daripada 96 orang adalah warganegara manakala, sebuah keluarga terdiri daripada 10 orang pula bukan warganegara.

Jelas beliau, operasi terkawal pada pukul 8.38 malam dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.47 malam.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya