KANGAR: Selepas lebih 25 tahun pengharaman penjualan dan permainan mercun dan bunga api, penjualan bahan tersebut sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini kembali rancak selepas kerajaan menarik balik larangan berkenaan. Terdapat 45 jenis bunga api dan mercun iaitu ‘Happy Boom’ serta ‘pop-pop’ yang boleh dijual secara umum dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan setakat ini, sebanyak 17 permohonan permit telah diluluskan di negeri ini daripada 23 permohonan yang dibuat.…










