Jemaah umrah hilang disahkan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Jemaah umrah hilang disahkan meninggal dunia

ROSLI Salleh ditemukan meninggal dunia selepas hilang 14 hari di Tanah Suci.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jemaah Malaysia, yang dilaporkan hilang di Mekah ketika mengerjakan umrah pada 10 Mac lalu disahkan telah meninggal dunia.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Muhammad Farid Rosli menerusi hantaran di kumpulan Facebook, Group Umrah bahawa bapanya, Rosli Salleh, 62, yang sepatutnya pulang pada 23 Mac lalu telah ditemukan.

“Assalamualaikum. Kemas kini (laporan) terbaharu, kami sekeluarga telah menjumpai ayah kami. Beliau telah meninggal dunia di sana (Mekah).

“Kami mohon tolong doakan untuk kesejahteraan ayah kami di sana, mohon kebaikan untuknya di akhirat dan semoga kami semua akan disatukan di syurga kelak. Amin insya-Allah,” katanya.

Muhammad Farid sebelum ini dilaporkan meminta bantuan orang ramai untuk mengesan lokasi bapanya apabila gagal dihubungi sejak 17 Mac lalu, ketika mengerjakan umrah secara bersendirian tanpa ejen.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sepanjang misi pencarian bapanya.

“Kami sekeluarga mohon sedekahkan al-Fatihah untuk beliau. Terima kasih. Mohon jangan tanya mengenai detail (butiran), cukup di sini sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya