Jawatan Ketua Pembangkang Selangor: ‘Biar Menteri Besar jawab' - Rizam - Utusan Malaysia

Jawatan Ketua Pembangkang Selangor: ‘Biar Menteri Besar jawab’ – Rizam

Pembangkang
RIZAM Ismail (dua kanan) menyerahkan sumbangan kepada wakil penerima pada program itu di Sabak Bernam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail enggan mengulas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang susulan usul dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bulan lalu.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam itu, beliau tidak mahu membuat sebarang komen lanjut mengenai perkara itu termasuk berkaitan surat perletakan jawatan.

“Jawatan Ketua Pembangkang? Saya no comment. Biar ia dijawab oleh Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari). Surat (peletakan jawatan)? Itu juga no comment,” katanya selepas merasmikan program Kembara Sahur 2023 bersama FunRideRiders di pekan Sabak di sini, awal pagi tadi.

Bulan lalu, ADUN Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membangkitkan Peraturan Mesyuarat ke-87 meminta Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim mengeluarkan petua berkaitan kedudukan Ketua Pembangkang disandang Rizam berikutan situasi politik semasa dengan UMNO lebih selesa bersama Pakatan Harapan (PH).

Beliau turut mencadangkan pelantikan ADUN Sijangkang, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi bagi mewujudkan suasana sihat dan pembangkang yang efektif serta berkesan.

Namun, Suee Lim memaklumkan tiada lantikan baharu akan dibuat berikutan belum menerima surat perletakan jawatan daripada Rizam.

Dalam pada itu, Rizam berkata, pihaknya bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan bersetuju dengan segala keputusan ditetapkan parti.

“Bagi soal pembahagian kerusi DUN, saya menyerahkannya kepada pucuk pimpinan untuk membuat rundingan. Saya tiada dalam majlis perundingan (antara BN dan PH). Sebagai ADUN, saya hanya menunggu dan bersedia menerima keputusan atau arahan parti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya