Industri sokong langkah kerajaan perkenal peraturan vape

Industri sokong langkah kerajaan perkenal peraturan vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :  Persatuan Rokok Elektronik Runcit Malaysia (MRECA), menyokong keputusan kerajaan untuk memperkenalkan peraturan mengawal selia vape.

Presiden MRECA, Datuk Adzwan Manas berkata, ia adalah langkah tepat supaya industri tersebut dapat dikawal selia dan ia disifatkan sebagai langkah permulaan bagi membolehkan peraturan diperkenalkan ke atas industri tersebut.

“Kerajaan sebelum ini mengecualikan cecair vape mengandungi nikotin dari Akta Racun dan memperkenalkan cukai untuk produk tersebut. Pada masa yang sama, Perdana Menteri juga berkata RUU baharu akan dibentangkan secepat mungkin untuk mengawal selia industri vape dalam sesi Parlimen semalam.

“Kami berpendapat Ini adalah langkah yang tepat dan amat diperlukan supaya industri vape dapat dikawal selia. Ini adalah langkah permulaan untuk membolehkan peraturan diperkenalkan ke atas industri dan kami menyokong sepenuhnya langkah yang diambil kerajaan,” katanya.

Jelas Adzwan lagi, MRECA turut berpendapat kerajaan perlu mengambil langkah sebagai penyelesaian sementara dengan meminda Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) sedia ada sambil menunggu RUU baharu dibentang di Parlimen.

“RUU tersebut masih memerlukan perincian dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk industri seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini dan sekiranya ia dapat dibentangkan dan diluluskan di sesi Parlimen akan datang, RUU baharu hanya akan tersedia paling awal dalam bulan Ogos manakala peraturan-peraturan berkaitan akan hanya diperkenalkan pada akhir tahun nanti,” ujarnya.

Sebagai langkah interim, industri mencadangkan agar peraturan sedia ada seperti PPKHT dipinda untuk memulakan kawal selia ke atas industri vape.

“Langkah ini akan memastikan kawalan dapat dilaksanakan dengan segera ke atas produk vape seperti tiada penjualan produk kepada individu bawah umur 18 tahun, pematuhan kepada ketetapan spesifikasi dan piawaian produk, membendung penyalahgunaan produk, serta kawalan ke atas aktiviti penjualan dan pemasaran.

“Dalam perkara ini, MRECA turut memohon agar Kementerian Kesihatan melibatkan industri dalam perbincangan berkenaan butiran kawal selia untuk industri vape,” ujarnya.

Sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan ini, industri vape masih tidak berpeluang untuk berbincang dengan Kementerian Kesihatan mengenai butiran kawal selia.

Justeru, katanya,  perbincangan bersama industri diperlukan agar peraturan yang akan diperkenalkan mengambil kira keperluan dan data terkini daripada industri.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya