Ibu bapa sudah tiada - P. Radhi sambut raya dalam suram - Utusan Malaysia

Ibu bapa sudah tiada – P. Radhi sambut raya dalam suram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi meningkat naik, P. Radhi mengakui sambutan Aidilfitrinya tahun ini tidak indah seperti dulu.

Kata penyanyi yang suaranya mirip seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ini, keadaan itu disebabkan ketiadaan ibu bapa yang lama meninggal dunia.

“Kisah raya masing-masing berbeza. Ada yang kurang teruja kerana terbiasa dengan hidup dalam fasa pandemik.

“Ada pula yang baru menyedari nikmat pulang ke kampung dan yang hilang saudara terdekat.

“Raya saya pula tak seindah dulu sebab ibu bapa sudah tiada,” kongsinya.

Bercakap tentang lagu Salam Hari Raya, kata pemilik nama sebenar Muhammad Radhi Ab Rahmad ini dia bersyukur akhirnya dapat menyanyikan lagu Raya sendiri.

“Saya tersentap dengan liriknya yang ditulis oleh Keon dan Wan. Ia mengingatkan bahawa Aidilfitri adalah hari kemenangan selepas umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

“Ia membangkitkan semangat kita untuk meraikan Aidilfitri dengan gembira, Insya-Allah,” kongsinya.

Lagu Salam Hari Raya boleh diperdengarkan di semua platform penstriman muzik termasuk Apple Music, Joox, Spotify dan Itunes Store.

Muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube, Luncai Emas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya