Ibu bapa boleh didakwa jika anak cedera terkena mercun

Ibu bapa boleh didakwa jika anak cedera terkena mercun

AIMAN Athirah Sabu (lima dari kiri) menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada golongan kurang berkemampuan di Asrama Akhlak (L) Kempas, Johor Bahru, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ibu bapa kepada kanak-kanak yang mengalami kecederaan ketika bermain mercun boleh dikenakan tindakan atas kesalahan pengabaian kanak-kanak.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Aiman Athirah Sabu mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak mereka ketika bermain mercun atau bunga api menjelang Aidilfitri.

Beliau berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 sekiranya pengabaian berlaku.

“KPWKW ingin ingatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau anak-anak yang bergembira (bermain mercun atau bunga api), kerana kita tidak mahu perayaan berakhir dengan kesedihan.

“Anak-anak sepatutnya dipantau sentiasa dan jangan terlepas pandang, sekiranya berlaku di peringkat kementerian boleh ditafsirkan sebagai pengabaian.

“Justeru, kita harap ibu bapa lebih peka kerana kami tidak akan teragak-agak untuk ambuil tindakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2023 anjuran Yayasan Petronas Asrama Akhlak (L) Kempas, di sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz.

Sehingga kini, dianggarkan lima kanak-kanak cedera akibat bermain mercun melibatkan kes di Kedah dan Terengganu.

Bagi kes di Terengganu, seorang kanak-kanak lelaki hampir buta manakala bagi kes di Kedah pula seorang kanak-kanak perempuan melecur di badan akibat bermain mercun dan bunga api.

Sementara itu, sempena program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2023, sebanyak 250 bungkusan barangan makanan diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan.

Secara keseluruhan, sebanyak 4,900 bungkusan diedarkan Yayasan Petronas sepanjang program berlangsung sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya