Harap Syamsul lafazkan cerai hari ini - Puteri Sarah - Utusan Malaysia

Harap Syamsul lafazkan cerai hari ini – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah meluahkan rasa teruja dan tidak sabar diceraikan suaminya, Syamsul Yusof hari ini.

Puteri Sarah berkata, dia mahu hidup tenang dan mencari kehidupan baharu selepas dilepaskan oleh suaminya.

“Saya gembira dan tidak sabar. Saya mahu meneruskan hidup dengan tenang. Harap semua doakan saya. Saya juga berharap Syamsul akan lafazkan cerai.

“Semoga kami dapat meleraikan kemelut ini dengan baik. Tiada lagi pergaduhan atau rasa tidak puas hari. Saya mohon selesaikan semua hari ini.

“Kalau dilepaskan, saya rasa lebih tenang dan seolah-olah kehidupan baharu bermula,” katanya.

Mahkamah Rendah Syariah akan mendengar prosiding lafaz cerai yang dijadualkan di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada jam 11 pagi ini.

Sementara itu, Puteri Sarah yang tampil berbusana putih tanda kebebasan itu juga mengakui tidka lagi berdepan kemurungan akibat kemelut rumah tangganya.

“Sebelum ini saya hadir ke mahkamah dengan berbaju hitam, tanda kemurungan dan tertekan. Tetapi hari ini saya gembira dan bebas.

“Baju putih ini tanda permulaan hari baharu saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya