Harap mahkamah senarai hitam individu jenayah scam-Aaron Aziz

Harap mahkamah senarai hitam individu ada rekod jenayah scam-Aaron Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon kelahiran Singapura, Datuk Aaaron Aziz berharap pihak mahkamah dapat mengambil tindakan menyenarai hitam individu yang pernah mempunyai rekod melakukan jenayah scam daripada menjalankan sebarang bentuk perniagaan.

Katanya, tindakan itu wajar bagi membela nasib mangsa yang mengalami kerugian akibat penipuan tersebut.

“Kesian orang susah yang sudah kerugian dan tak dapat beraya dengan sempurna kerana duit semua kena songlap. Astagfirullah,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Aaaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz turut meluahkan perasaan marah kerana pernah menjadi mangsa penipuan.

Rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan saranan Pelakon Lelaki Terbaik Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 selain berkongsikan pengalaman masing-masing.

“Sokong sebab pernah kena dan rasa sakit sangat. Hampir RM10,000 dan lagi seminggu hendak kenduri kahwin. Cuma Allah sahaja yang tahu perasaan ini masa itu,” luah seorang netizen.

“Saya baru lepas kena scam seminggu sebelum raya. Habis duit hendak beli persiapan raya. Sedih, kecewa semua ada,” tulis warga maya lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN