KOTA BHARU: Sumbangan kewangan daripada Hospital Pakar KPJ Perdana membawa erti sangat besar kepada seorang pelajar, Nor Farah Aina Mat, 15, kerana membolehkannya membeli pakaian baharu bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Pelajar dari Pertubuhan Kebajikan Darul Al Kautsar, Demit, Kubang Kerian itu berkata, sudah lama dia mengimpikan memakai baju baharu pada Aidilfitri namun terpaksa ditangguhkan akibat masalah kesempitan hidup yang dialami keluarganya. “Pendapatan ibu mengambil upah menjahit…










