Dua wanita maut Myvi bertembung treler - Utusan Malaysia

Dua wanita maut Myvi bertembung treler

DUA wanita maut apabila Perodua Myvi dinaiki bertembung dengan lori treler dalam kejadian di Jalan Rompin Lama berhampiran kolam udang di Pekan, Pahang. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Dua wanita maut selepas Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan treler dalam kemalangan di Jalan Rompin Lama berhampiran kolam udang di sini pagi ini.

Identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 8.46 pagi.

Katanya, sepasukan anggota seramai sembilan orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nenasi dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi penyelamatan.

“Kedua-dua wanita yang merupakan pemandu dan penumpang Myvi disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan. Seorang lelaki dewasa yang merupakan pemandu treler selamat dalam nahas terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulfadli berkata, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan alat penyelamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.