Dua individu ditahan seleweng dana beli minyak urut RM9 juta

Dua individu ditahan seleweng dana beli minyak urut RM9 juta

SPRM menahan reman dua individu suspek utama kes penyelewengan dana syarikat berhubung isu pembelian minyak urut di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua individu iaitu bekas pengarah urusan dan bekas pengarah eksekutif sebuah syarikat pusat urut terkemuka yang merupakan suspek utama kes penyelewengan dana syarikat tersebut berhubung isu pembelian minyak urut bernilai anggaran RM9 juta.

Kedua-dua suspek berusia masing-masing 50 dan 55 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 malam di Ibu Pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, penahan kedua-dua suspek tersebut adalah susulan penahan tiga wanita berkaitan kes sama semalam.

Difahamkan, suspek menyeleweng wang tersebut menerusi pembelian minyak urut dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran menerusi syarikat pembekal yang merupakan proksi mereka hingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian anggaran RM1.8 juta.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini hingga Isnin depan dikeluarkan Majistret Puan Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya