KUALA LUMPUR: DAP perlu ingat yang parti itu juga menjadi liabiliti untuk UMNO dalam usaha menarik sokongan Melayu untuk kembali ke parti itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia sudah pasti menjadi kesukaran buat UMNO untuk memulihkan kepercayaan orang Melayu, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. “UMNO memang ikhlas mahu jayakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan ini, sebab itu…










