Cukai vape beri nafas baru buat industri

Cukai vape beri nafas baru buat industri

CUKAI yang dikenakan kerajaan ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) memberikan nafas baharu terhadap industri vape di negara ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan mewartakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) memberikan nafas baharu terhadap industri vape di negara ini. 

Pengarah Urusan Nanostix Innovations Sdn. Bhd., Shahabudeen Jalil berkata, ini kerana peniaga vape kini vape dapat beroperasi dengan lebih teratur dan terkawal selepas lebih 10 tahun memperjuangkan isu itu. 

“SETELAH 10 tahun berjuang di bawah lima kerajaan berbeza, ini satu era baru bagi industri vape tanah air.” – Shahabudeen Jalil

Justeru, katanya, industri vape sememangnya amat menghargai langkah tegas, berani dan muktamad yang diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. 

“Ini kerana setelah 10 tahun berjuang di bawah lima kerajaan berbeza, ini satu era baru bagi industri vape tanah air. 

“Bagi pengusaha, kami lebih selesa berniaga kerana ia sudah mempunyai undang-undang dan legal. Bagi pengguna pula, ia lebih selamat dan terjamin

“Cukai yang kenakan juga sangat berpatutan, memandangkan cadangan sebelum ini ialah RM1.20 dan kini hanya RM0.40 per mililiter (ml). Jadi, ini tidak membebankan peniaga dan pengusaha dalam keadaan sekarang,” katanya. 

Pelaksanaan cukai itu diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan 31 Mac lepas Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Cukai dikenakan pada kadar 40 sen setiap ml bagi rokok elektronik yang mempunyai kandungan nikotin. 

Berdasarkan notis warta tersebut, duti baharu itu berkuat kuasa berikutan bermulanya Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2023.

Sementara itu, warta dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa menyatakan nikotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah, cecair dan gel nikotin kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Pengecualian itu terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin, yang didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Sebelum ini, nikotin, dengan pengecualian kepada tembakau, diklasifikasikan sebagai racun Kumpulan C yang hanya boleh dijual doktor dan ahli farmasi.

Mengulas lanjut, Shahabudeen berkata, pihaknya pada masa sama berharap pemain industri vape dapat dilibatkan dalam penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 nanti. 

“Selain itu, kami juga berharap produk dan pengusaha tempatan diutamakan berbanding produk import dari luar negara. 

“Ini kerana produk bernikotin yang diimport lebih berisiko, di luar kawalan dan berbahaya kepada pengguna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN