Cuai, tinggal kunci faktor kes kecurian kenderaan - Utusan Malaysia

Cuai, tinggal kunci faktor kes kecurian kenderaan

kunci
S. Vijaya Rao beramah mesra dengan orang ramai di sekitar Bukit Kuda, Klang, Selangor, semalam. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kecuaian pemilik yang meninggalkan kunci pada kenderaan antara faktor utama peningkatan kes jenayah kecurian itu di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kecuaian tersebut merupakan sebahagian daripada kejadian 196 kes jenayah yang direkodkan sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Katanya, jumlah itu meliputi jenayah kekerasan dan harta benda termasuk kecurian kenderaan sama ada kereta atau motosikal.

“Sepanjang tempoh sehingga Mac itu, kes curi kenderaan mencatatkan sedikit peningkatan terutama di sekitar Bandar Baru Klang. 

“Ia antaranya berpunca kelalaian individu yang meninggalkan kunci kenderaan ketika mahu membeli barang lalu dilarikan penjenayah,” katanya ketika ditemui pada program Walkabout Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di Bukit Kuda di sini, petang semalam.

Menurut beliau, statistik jenayah bagaimanapun menurun satu kes berbanding 197 yang direkodkan tahun lalu.

Tambah Vijaya, penduduk daerah ini digalakkan mengisi borang sebelum meninggalkan kediaman untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri nanti.

“Langkah itu bagi mengawal kes kecurian dengan memaklumkan kepada balai polis mengenai tarikh ketiadaan di rumah masing-masing. 

“Orang ramai juga boleh mengisi borang itu dengan menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya