Cuaca panas 4 kawasan di Kelantan berada tahap satu

Cuaca panas 4 kawasan di Kelantan berada tahap satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sembilan kawasan berada pada kategori tahap satu atau berjaga-jaga iaitu suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah selcius setakat petang semalam.

 Rekod Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan, kawasan yang berada pada tahap satu adalah Kuala Selangor, Selangor;  Jempol, Negeri Sembilan;  Kuala Terengganu, Terengganu; Kuala Krai, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah, Kelantan serta Beaufort dan Nabawan di Sabah.

 Kawasan-kawasan  lain pula menunjukkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah selsius manakala tiada kawasan berada pada tahap dua (gelombang haba) dan tahap tiga (gelombang haba ekstrem).

 Sementara itu, berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat pukul 1 petang, 43 kawasan seluruh negara menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paras sederhana manakala 25 kawasan berada paras IPU baik.

 Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

 Semalam, pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr. Fredolin Tangang berkata, cuaca panas yang melanda negara ketika ini dijangka kembali reda dalam tempoh seminggu lagi.

 Keadaan cuaca semasa yang kering adalah disebabkan oleh fenomena Ayunan Madden Julian (MJO). Keadaan yang kering dan tiada hujan boleh meningkatkan suhu udara, malah semasa musim perantaraan monsun, angin yang lemah dan ketiadaan arah yang dominan memburukkan lagi keadaan.

 Fenomena ini berskala besar dan orang ramai perlu memantau ramalan cuaca yang dikeluarkan dari masa ke semasa. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN