Cheras, Segamat dan Kota Bharu dilanda jerebu 

Cheras, Segamat dan Kota Bharu dilanda jerebu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga kawasan di tiga negeri dilanda jerebu apabila masing-masing mencatatkan tahap udara yang tidak sihat, setakat 11 pagi ini.

Sistem pengurusan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan Segamat di Johor berada pada tahap 152, sekali gus menjadi kawasan yang mencatatkan tahap udara tidak sihat yang tertinggi ketika ini.

Kota Bharu, Kelantan pula mencatatkan IPU pada 111, juga pada kategori tidak sihat diikuti Cheras, Kuala Lumpur yang mencatatkan IPU pada 103.

Turut berisiko tinggi dilanda jerebu ialah Tanah Merah yang kini mencatatkan IPU pada 100, Seberang Jaya (96), Nilai (96), Kuala Terengganu (95) dan Putrajaya (93).

Mengikut bacaan IPU, 0-50 dikategorikan sebagai baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300), berbahaya (301-400), sangat bahaya (401-500) dan kecemasan (lebih 501). 

Semalam,  Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, fenome­na jerebu di negara ini dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding dalam tempoh tiga tahun lalu apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN