MARAN: Cadangan memindahkan tapak Hospital Maran bernilai RM350 juta di Batu 55 Jalan Maran-Jerantut ke tapak baharu dipersoalkan kerana tidak relevan dan membuang masa. Bercakap kepada Utusan Malaysia Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, ini kerana pemilihan tapak sudah diputuskan oleh jawatankuasa khas kerajaan negeri dan Pusat daripada enam kawasan cadangan. Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, hospital tersebut membabitkan kawasan seluas 20 hektar menjadi pusat sehenti bagi kajian penyakit berjangkit pertama di Pantai Timur. “Hospital Maran dirangka paling moden berkapasiti 76 katil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya