Bukan trauma, mungkin terlalu berhati-hati pilih pasangan - Zara Zya - Utusan Malaysia

Bukan trauma, mungkin terlalu berhati-hati pilih pasangan – Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Zara Zya tidak menganggap episod putus tunang yang terjadi beberapa tahun lalu sebagai sebab dia trauma untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Zara mengakui lebih berhati-hati dan tidak mahu terlalu berkongsi soal hubungan percintaan kerana takut persepsi dan perkara tidak baik berlaku.

“Mungkin saya sudah terlalu lama solo. Bukan trauma pun tetapi mungkin lebih berhati-hati. Jangan risau, kalau sudah ada yang melamar dan tiba jodohnya, saya akan kongsi.

“Perkara seperti ini saya tak boleh beriya kongsi. Tetapi selagi saya tak dedahkan siapa, selagi itulah peminat akan berteka teki. Macam peraduan pula rasanya.

“Bila saya rapat dengan mana-mana lelaki, mulalah ada segelintir peminat yang menjodohkan saya dengan individu tersebut. Bukan satu masalah. Kelakar pun ada,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon Risik Pada Hati ini juga sedar, status solo dirinya menyebabkan pelbagai spekulasi tidak benar yang bertebaran di media sosial.

“Ada yang cakap saya dah kahwin. Itu yang saya paling terkejut. Tetapi semua itu tidak benar. Jangan risau, saya takkan buat majlis tersorok. Tetap ada jemputan dan pengumuman.

“Saya pun tak sangka, ramai yang ambil tahu tentang status saya. Ramai juga yang ambil berat, terharu juga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN