Buka klinik sendiri: Berbaloi direbut tetapi risiko tinggi - Utusan Malaysia

Buka klinik sendiri: Berbaloi direbut tetapi risiko tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Diberi peluang untuk membuka klinik sendiri memang antara usaha yang baik tetapi ia bukan perkara mudah dan mempunyai risiko tersendiri.

Yang Dipertua Persa­tuan Kesihatan Ikram Malaysia (Ikram Health), Dr. Mohd. Afiq Mohd. Nor berkata, membuka klinik sendiri bukan sahaja setakat memberi per­khidmatan tetapi men­jalankan perniagaan, jadi ia merupakan risiko yang besar walaupun inisia­tifnya adalah baik.

“Inisiatif membantu doktor kontrak membuka klinik sendiri mampu membantu negara mencari jalan penyelesaian bagi doktor terlibat namun isu kekurangan ka­kitangan di hospital kerajaan tidak akan selesai.

“Doktor kontrak yang mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan dan menyedari bakal risiko boleh mempertimbangkan inisiatif yang ditawarkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu.

“Bukan itu sahaja, mereka juga perlu memastikan lokasi yang dipilih adalah strategik dan tidak mempunyai persaingan dengan klinik lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kelmarin, Mara sedia membantu doktor kontrak yang tidak ditawarkan jawatan tetap untuk membuka klinik sendiri termasuk menyediakan pinjaman modal dan latihan.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehingga kini, Mara telah membantu ramai doktor dan ahli farmasi menjadi usahawan dengan membuka cawangan kemudahan itu di bawah jenama U.n.i Klinik, U.n.i Dental dan U.n.i Farmasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN