BN tegas pertahan Kerajaan Perpaduan

BN akan pertahan Kerajaan Perpaduan

Zambry Abd. Kadir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) sebulat suara bersetuju mempertahan Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai oleh parti itu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya komited bersama-sama membangunkan agenda polisi rakyat terus dilaksanakan.

Katanya, Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat semalam juga dimaklumkan secara mendalam persiapan parti menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.  

“Perbincangan juga melibatkan model kerjasama di antara Barisan Nasional bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai nasib kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk ura-ura akan ada ahli Parlimen kerajaan menyokong parti lawan.

Tambah Zambry, BN menyeru agar semua pemimpin daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk terus menjaga perpaduan dan keharmonian agar kestabilan politik dapat dijamin.

Katanya, Dewan Tertinggi BN bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Sementara itu, Zambry berkata, mesyuarat Dewan Tertinggi BN bersetuju pelantikan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung berdasarkan Fasal 8.3.(E) Perlembagaan BN. 

Selain itu, pelantikan wakil pergerakan Pemuda berdasarkan fasal 8.1.(G) iaitu Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh manakala wakil Puteri berdasarkan fasal 8.1.(I) iaitu Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Selain itu, pengganti wakil UMNO dan PBRS ke Dewan Tertinggi berdasarkan Fasal 9 Perlembagaan BN iaitu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Freddy Sua.

 “Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Negeri berdasarkan fasal 23(A) Perlembagaan BN.

 “Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian berdasarkan 24(A) Perlembagaan Barisan Nasional, ekoran pemilihan UMNO 2023-2026,” katanya.

Zambry memberitahu, Dewan Tertinggi BN telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang dihadiri semua parti komponen.

 “Parti komponen melalui Presiden parti masing-masing merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi BN selaku Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN selaku Timbalan Presiden UMNO yang menang tanpa bertanding dalam  pemilihan UMNO sesi 2023-2026. 

“Turut dirakamkan tahniah kepada seluruh kepimpinan Majlis Tertinggi serta Kepimpinan UMNO setiap peringkat atas kemenangan pada pemilihan tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya