Bintang Grey's Anatomy selamatkan anak dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Bintang Grey’s Anatomy selamatkan anak dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bintang Grey’s Anatomy, Caterina Scorsone berdepan detik cemas menyelamatkan tiga anaknya dalam insiden kebakaran membabitkan kediamannya, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman tersebut menerusi Instagram, Scorsone bersyukur kerana sempat membawa keluar anak-anaknya yang ketika kejadian, sedang bersiap untuk tidur.

“Saya mulai sedar terdapat asap di dalam rumah ketika menyiapkan anak-anak untuk tidur.

“Satu perkara tentang api adalah ia merebak pantas. Ketika kejadian, saya hanya mempunyai dua minit untuk membawa Eliza, Paloma dan Lucky keluar sehelai sepinggang,” kongsinya.

Meskipun berjaya menyelamatkan diri dan keluarga, Scorsone meluahkan kesedihan kerana tidak sempat menyelamatkan kesemua haiwan peliharaan mereka.

“Kami masih cuba menerima kehilangan ini. Tetapi kami bertuah kerana berpeluang menyayangi mereka,” katanya.

Pelakon berusia 41 tahun itu memuat naik di Instagram gambar rumahnya yang ranap dijilat api, selain imej tiga ekor kucing dan seekor anjing peliharaan yang terkorban.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN