Bicara ubah perintah nafkah anak Sam Bunkface 16 Mei - Utusan Malaysia

Bicara ubah perintah nafkah anak Sam Bunkface 16 Mei

SAM Bunkface (tengah) hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi permohonan mengubah perintah nafkah anak. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini menetapkan 16 Mei ini bagi menyambung perbicaraan kes tuntutan mengubah perintah nafkah vokalis kumpulan Bunkface, Sam terhadap anak tunggal dengan bekas isterinya Aida Azira Hussin.

Hakim Syarie Shukran Yusof menetapkan tarikh itu selepas Aida, 36, selaku defendan selesai disoal balas oleh peguam syarie Liyana Sihar yang mewakili Sam selaku plaintif.

Baru-baru ini, media melaporkan Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd. Baharum, 35, menepis tuduhan Aida berhubung dakwaan beliau mengabaikan tanggungjawab terhadap anak tunggal mereka, Maleeq.

Sam turut mengulas punca pindaan nafkah anak mereka daripada RM1,300 kepada jumlah yang mampu dilunaskan yang mana ia berlaku ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ini kerana Sam mendakwa punca pendapatannya sangat terhad selain perniagaan turut terjejas selama hampir dua tahun.

Pada 29 Mac lalu Sam dan Aida hadir di mahkamah itu bagi sebutan kes pindaan nafkah terhadap anak mereka.

Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi terbabit dan meminta bukti bagi menunjukkan beliau tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan sebuah stesen televisyen pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN