Beri kepingan emas ganti duit raya - Utusan Malaysia

Beri kepingan emas ganti duit raya

MUHAMAD Suhairie Mohammad (tiga kiri) menyerahkan kepingan emas bagi menggantikan duit raya kepada anak saudaranya di Kampung Tok Malik, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang lelaki mencipta kelainan dengan memberi kepi­ngan emas bagi menggantikan duit raya kepada anak-anak saudara sempena Aidilfitri.

Muhamad Suhairie Mohammad Nor berkata, gantian tersebut bertujuan memupuk semangat menyimpan emas pada usia muda.

“Kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi saya mengambil inisiatif ini supaya mereka memahami kepenti­ngan menyimpan emas.

“Kalau bagi duit, berkemungkinan besar mereka akan menggunakannya untuk membeli barangan-barangan lain. Bila beri emas, mereka akan simpan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohamad Suhairie membe­ritahu, pemilihan emas dilakukan kerana barangan tersebut tidak mengalami susut nilai yang terlalu rendah.

Katanya, idea tersebut timbul selepas melihat emas adalah simpanan terbaik di dunia di samping harganya stabil.

“Alhamdulillah walaupun ada dalam kalangan mereka (anak-anak saudara) masih belum memahaminya, namun saya harap agar minat mengumpul emas akan terus berpanjang selepas ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya