Bekas MB Perlis Azlan Man didakwa di mahkamah hari ini?

Bekas MB Perlis Azlan Man didakwa di mahkamah hari ini?

AZLAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan tuntutan palsu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu nota perkara berkaitan memaklumkan tentang tuduhan yang akan dikenakan terhadap seorang bekas Menteri Besar namun tuduhan dan namanya tidak dinyatakan.

Mengikut nota tersebut, bekas Menteri Besar itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen pada pukul 8.30 pagi.

“SPRM telah mendapat izin mendakwa seorang bekas Menteri Besar pada ketetapan tersebut iaitu pada Isnin, 10 April di Mahkamah Sesyen pada pukul 8.30 pagi,” menurut nota SPRM itu kepada media.

Sementara itu, sumber SPRM berkata, Azlan akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan memberi atau menerima rasuah serta tuntutan palsu.

Sumber juga memberitahu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis itu juga akan berdepan dengan satu lagi pertuduhan iaitu kes pengubahan wang haram pada Rabu ini.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Azlan tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong.

Malah terbaharu, Azlan juga tewas jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar dalam pemilihan UMNO baru-baru ini.

Bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) itu yang kini berusia 65 tahun menjadi Menteri Besar Perlis Ke-9 dari tahun 2013 hingga 2022..

Sementara itu Azlan ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak tahu tentang pertuduhan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN