GUA MUSANG: Syarikat perkhidmatan bas ekspres, Konsortium E-Mutiara Berhad menyediakan 100 perjalanan sehari menjelang Aidilfitri bagi menampung keperluan anak Kelantan di perantauan untuk pulang ke kampung menyambut lebaran. Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, tambahan sebanyak 30 perjalanan itu bermula 14 April ini sehingga malam raya susulan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna. “Hari biasa, jadual perjalanan kita hanya membabitkan sebanyak 70 perjalanan sehari di seluruh negara. Untuk musim perayaan…