Ayam golek RM29 - Liza Hanim kecewa peniaga Bazar Ramadan letak harga ‘mengarut’ - Utusan Malaysia

Ayam golek RM29 – Liza Hanim kecewa peniaga Bazar Ramadan letak harga ‘mengarut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Liza Hanim, 43, meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dengan mengenakan harga terlalu mahal terhadap makanan yang dijual di Bazar Ramadan.

Sebagai pelanggan, Liza menyifatkan tindakan tersebut sebagai menganiaya pelanggan dan tidak wajar dilakukan.

“Saya pernah ternampak ayam golek yang dijual dengan harga RM29. Bagi saya, harga tersebut terlalu mahal dan ‘mengarut’.

“Saya harap, peniaga-peniaga terlibat menghentikan tindakan seperti ini. Pelanggan beli dengan duit yang mereka kumpul. Jadi, kita tolong menolonglah antara satu dengan lain,” katanya.

Liza berkata demikian ketika ditemui sempena majlis berbuka puasa Rizman Ruzaini di ibu kota, semalam.

Kata Liza lagi, sepatutnya peniaga memahami keadaan pelanggan yang juga dihimpit masalah kewangan lebih-lebih lagi ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

“Kita semua lalui fasa sukar ketika PKP. Harapnya kita saling memberi antara satu sama lain.

“Pelanggan datang dengan rezeki. Jangan biar mereka pulang hampa, dengan doa yang tak baik,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya