Artis wanita berambut merah perangai ala-ala diva - Utusan Malaysia

Artis wanita berambut merah perangai ala-ala diva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hendak kata terkejut sangat dengan perangai artis wanita berambut merah ini, tidaklah juga. Sebabnya, sudah banyak kali juga dia buat perangai ala-ala diva dia itu di hadapan orang termasuklah dengan pihak media sendiri.

Pengalaman peribadi Cik Bunga pun ada dengan pelakon ini. Kalau ingat semula, memang geram. Tetapi, tak sangka pula kalau di negara orang pun dia nak buat perangai begitu.

Kisahnya, pelakon ini diminta untuk hadir ke sebuah negara jiran untuk promosi filem yang dibintangi. Maklum sajalah, kalau sesi sidang media, adakala memang semua orang berdepan dengan situasi menunggu lama. Tak artis yang datang lambat, VVIP datang lambat.

Tapi kalau sudah di bawah urusan kerja, ikutkan sajalah, betul tak? Ini tidak, si dia ini mula resah nak balik cepat, mahu tinggalkan sidang media di luar negara itu untuk balik bilik. 

Berulangkali cakap dengan pihak pengurusan di sana sampaikan apabila diberitahu dia memang kena habiskan sesi tersebut sehingga tempoh yang ditetapkan, dia mula buat muka mencuka.

Masalahnya, semua orang yang ada di tempat berkenaan boleh tengok reaksi wajah aneh yang dibuat. Orang bertanya-tanya, pelakon ini okey ke tak? Cik Bunga dengar pun rasa malu. Lagipun, dia tak cuma bawa nama sendiri, nama Malaysia sekali.

Satu hal lagi, juga kejadian di sana. Si aktres ini mempersoalkan kenapa nama pelakon lelaki yang membintangi filem yang sama diletakkan nombor satu pada senarai artis yang ada. Hello! Aktor itu memang popular daripada awak, realistiklah sikit.

Sepanjang Cik Bunga ada dalam industri ini, tak pernah lagi kita dengar aktor itu buat perangai bukan-bukan atau buat onar. Tertib kelakunya, bukan macam awak. Lagipun, itu cuma senarai, kenapa nak jadi isu besar? 

Maka dapat Cik Bunga simpulkan, memang artis wanita ini berangan diva tak habis-habis. Masalahnya, dia tahu tak semua orang dah meluat dengan perangai dia itu? Itu belum lagi Cik Bunga sebut pasal kerenah dia suka nak heret adik dia yang sendu itu ke mana-mana majlis. 

Ramai orang belakang tabir bengang dengan tindakan dia ini tahu. Moga lekaslah berubah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya