Aliran trafik menghala utara masih perlahan - Utusan Malaysia

Aliran trafik menghala utara masih perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menuju ke arah utara dilaporkan masih bergerak perlahan pada hari terakhir orang ramai pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri esok.

Menerusi hantaran PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di Twitter, trafik masih perlahan arah utara dari Tapah ke Gopeng, setakat pukul 1.28 petang tadi.

“(Namun), trafik di Jalan Persekutuan lancar,” katanya.

Pada masa sama, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, trafik bergerak lancar di sepanjang laluan utama lebuh raya menghala ke pantai timur.

“Ia termasuk di sekitar Plaza Tol Gombak, Bentong dan Karak,” menurut hantaran di Twitter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN