Ajal ketika keluar berbuka puasa - Utusan Malaysia

Ajal ketika keluar berbuka puasa

ajal berbuka puasa
KEADAAN mangsa yang maut dalam kemalangan itu di KM 47 Jalan Klang-Teluk Intan, Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Perjalanan seorang pemuda untuk berbuka puasa bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 47 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, petang semalam.

Kejadian pukul 6.15 petang itu melibatkan lelaki berusia 20 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lalu hilang kawalan dan terbabas.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Kampung Bukit Kuching menghala ke Pasir Penambang.

“Mangsa yang terjatuh berdekatan sebuah treler itu kemudian dikatakan tidak sempat mengelak lalu dilanggar kenderaan berat berkenaan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa  yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Ramli, ketika kejadian cuaca hujan lebat selain jalan berkenaan sesak dan basah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Najmi Abd. Rahman di talian 017-8028105 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya