Aidilfitri: Cuti 117,000 warga PDRM dibeku - Utusan Malaysia

Aidilfitri: Cuti 117,000 warga PDRM dibeku

Cuti PDRM
SAIFUDDIN  Nasution Ismail menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk pada program itu di Surau Riyadhus, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Cuti kira-kira 117,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan sepanjang perayaan Aidilfitri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hanya 10 peratus daripada keseluruhan 130,000  pegawai dan anggota dibenarkan bercuti dalam tempoh berkenaan mengikut formula yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Biarpun musim perayaan, penugasan PDRM amat penting untuk menjaga keselamatan dan mengekalkan keamanan negara. Kita akan memberi cuti selepas perayaan secara bergilir-gilir bagi memastik aspek keselamatan tidak terjejas.

“Pemberian cuti itu dibuat secara adil dan semua perkara perlu diambil kira seperti penugasan kawalan trafik yang meningkat pada musim perayaan. Selain itu, elemen keselamatan lain diberi tumpuan kerana orang ramai meninggalkan kediaman atau premis perniagaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa PDRM bersama penduduk Sungai Haji Dorani, Sungai Besar di sini, malam tadi.

Jelas Saifuddin, polis turut memberi tumpuan mempertingkatkan keselamatan di semua pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) seluruh negara.

“Usaha itu bagi mengekang pencerobohan di perairan negara seperti penyeludupan sama ada pendatang tanpa izin (Pati) atau rampasan barangan. Saya dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani) turut diberi taklimat dan statistik penangkapan ketika melakukan lawatan di beberapa PGA di Selangor,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 409 anggota Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM menerima elaun kawalan rapat kenamaan sebanyak RM525 sebulan berkuat kuasa Februari lalu.

“Elaun khas itu bagi menghargai peranan dan tugas UTK yang sentiasa berdepan risiko keselamatan tinggi. Proses latihan mereka (anggota UTK) berat dan mempunyai penugasan spesifik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya