Aidilfitri: 3 juta kenderaan bakal banjiri Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Aidilfitri: 3 juta kenderaan bakal banjiri Pulau Pinang

MOHD. SHUHAILY Mohd. Zain dalam sidang akhbar di IPD Timur Laut, George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjangkakan kira-kira tiga juta kenderaan akan membanjiri negeri itu sepanjang lapan hari Op Selamat 20 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula esok sehingga 27 April ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, sehubungan itu, semua pengguna jalan raya diharap lebih berhati-hati serta bersabar bagi mengelakkan sebarang kemalangan ketika berlakunya kesesakan.

“Kadar lalu lintas di Pulau Pinang mencecah 2.1 juta dalam tempoh seminggu, dan mencecah 2.2 juta minggu lalu.

”Oleh itu, kita anggarkan sepanjang Op Selamat pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, jumlah kenderaan yang memasuki Pulau Pinang mencecah tiga juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.

Menurutnya, seramai 292 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang akan terlibat secara langsung dalam Op Selamat hari ini.

Di samping itu, katanya, JSPT turut bekerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti (JPJKK) kontinjen bagi kempen rumah selamat dan pencegahan jenayah serta agensi penguatkuasaan yang lain.

Tambahnya, JSPT Pulau Pinang menjangkakan kesesakan akan berlaku di sekitar negeri ini dan terdapat beberapa jalan-jalan yang dikenal pasti berlaku kepadatan dan juga kawasan panas kes kemalangan.

“Antara jalan-jalan tersebut ialah Jalan Teluk Air Tawar-Jalan Bagan Luar; Jalan Perusahaan Perai-Jalan Kulim dan Jalan Besar Simpang Empat (KM12-KM32).

”Selain itu, turut dikenal pasti bakal berlaku kepadatan ialah Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu-Jalan Ayer Itam; Jalan Ayer Itam-Paya Terubong; Jalan Sultan Azlan Shah; Jalan Tun Dr. Awang,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, pihak polis turut mengesan enam kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan.

Antara kesalahan itu, jelasnya, memandu melebihi had laju; tidak mematuhi lampu isyarat; memotong barisan; memotong garisan berkembar; menggunakan lorong kecemasan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

“Pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya dan lebuh raya khasnya di Pulau Pinang memandu dengan berhemah dan mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang insiden berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya