Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Ke-89

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Ke-89

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Ke-89 kepada seluruh warga Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), veteran TLDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama pasukan keselamatan itu.. 

Menurut Istana Negara, Seri Paduka selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga TLDM tanpa mengira masa dan penat lelah dalam melindungi kedaulatan dan memelihara keselamatan perairan negara. 

“Seri Paduka turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira dan anggota Tentera Laut yang telah terkorban semasa bertugas. 

“Seri Paduka mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin. 

“Seri Paduka berdua turut mendoakan semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa,” menurut hantaran di Facebook rasminya, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya