Ada pelakon curi-curi pakai bulu mata palsu - Michael Ang - Utusan Malaysia

Ada pelakon curi-curi pakai bulu mata palsu – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKANNYA baru semalam kita membahaskan isu solekan dalam drama atau filem. Sebaliknya, ia sudah diperkatakan sekian lama.

Kita masih melihat pelakon disolek tebal ibarat menghadiri majlis keramaian, walhal, yang dilakonkan adalah babak bilik tidur atau dalam rumah atau sedang masak di dapur.

Kelihatan remeh, tapi hakikatnya aspek solekan turut menjadi ukuran terhadap kebijaksanaan pembikin drama atau filem terbabit. Jangan lupa, penonton kita bijak menilai walau sekecil-kecil perkara terhadap apa yang mereka saksikan di kaca televisyen mahupun Internet.

Bila agaknya segelintir pembikin filem dan drama bersedia untuk membuka mata tentang perkara ini? Takkan mahu terus membiarkan penonton keliru dengan sajian yang disifatkan tidak masuk akal? Hangat Seminggu ketengahkan isu ini, kali ini.

Pengarah, Michael Ang memang amat teliti soal solekan yang dikenakan dalam drama arahannya. 

Kata Micheal atau mesra disapa Mike, sebagai pengarah, dia perlu tegas menentukan hala tuju drama arahannya, termasuk dalam menetapkan bentuk solekan mengikut kesesuaian babak yang dilakonkan.

“Tengok mana-mana drama arahan saya, tidak pernah sekalipun saya membenarkan pelakon mengenakan mekap berlebihan melainkan perkara itu dituntut watak yang dibawakan.

“Kita kena berpijak di bumi yang nyata. Takkanlah babak masak di dapur kena bersolek tebal? Atau makcik di kampung yang mana solekannya berlebihan.

“Jadi, sebagai pengarah, memang saya tak akan benarkan perkara ini berlaku sebab saya teliti, lebih-lebih soal solekan dan tata rias untuk drama,” ujarnya.

Dedah Michael, kesedaran tersebut tidak seharusnya diletakkan di bahu pengarah semata-mata kerana solekan tidak bersesuaian dengan watak ini sering berlaku atas kemahuan pelakon itu sendiri.

“Saya tak perlu sebut nama, anda tahu pelakon mana yang solekannya sentiasa tebal dan tidak mengikut watak dilakonkan. Yang perangai seperti ini ada dalam kalangan pelakon baharu dan juga veteran. 

“Ada yang curi-curi pakai bulu mata palsu semata-mata hendak sentiasa kelihatan cantik dalam setiap babak meskipun berkali-kali ditegur pengarah. Situasi ini berlaku, jadi jangan salahkan pengarah sahaja

“Tetapi bukan semua pelakon berperangai begitu. Ada juga yang rasional, yang sendiri menegur jurusolek sekiranya solekan mereka berlebihan atau tidak bersesuaian dengan watak yang mereka bawakan,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya