SERAMAI 60 penduduk di daerah Padang Terap terdiri anak yatim dan golongan asnaf diraikan bagi menerima duit raya dan majlis berbuka puasa sempena Program Peduli ‘Kami Ihsan, Kami Sayang’ anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Negeri Kedah di Pusat Komuniti Kampung Barokhas, Kuala Nerang, Kedah, baru-baru ini.
Penyelaras program itu, Mohd. Irfan Shaffik Idris berkata, ia diadakan sempena bulan Ramadan bagi mengimarahkan bulan penuh keberkatan itu ke arah mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain.
Turut hadir Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) daerah Padang Terap, Syed Ismail Syed Omar, Pengerusi Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Pendang, Abd. Ghani Sudin dan Pengerusi Majlis Pimpinan Rakan Siswa Yadim negeri Kedah, Amirul Asyraf Ahmad Khusairi. – UTUSAN