520 anggota APM Terengganu terlibat dalam Op Prihatin - Utusan Malaysia

520 anggota APM Terengganu terlibat dalam Op Prihatin

MOHD. Rosman Abdullah (depan) bersama sebahagian anggota dan pegawai APM Terengganu pada Majlis Pelancaran Op Prihatin Perinkat Negeri di Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 520 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu sedia digerakkan dalam Op Prihatin bermula hari ini sehingga 1 Mei depan.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah, jumlah itu termasuk pegawai bagi memastikan kelancaran sambutan musim perayaan di negeri ini.

Beliau berkata, pelaksanaan Op Prihatin dijangka dapat memendekkan masa respon ke lokasi berlaku bencana terutama kawasan ‘hotspot’ di setiap lapan daerah di Terengganu.

“Daripada jumlah itu, seramai 96 anggota akan melakukan rondaan setiap hari dan antara tugas APM adalah membantu kelancaran aliran trafik di jalan persekutuan serta jalan negeri.

“Jika berlaku kemalangan, anggota bertugas akan segera memberi rawatan awal sekaligus memendekkan masa respon yang sebelum ini terpaksa menunggu bantuan dari pusat kawalan.

“Dalam masa sama, APM juga mengedar risalah dan pelekat Kod QR dilengkapi maklumat rawatan awal,” katanya selepas melancarkan Op Prihatin di Ibu Pejabat APM negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Rosman memberitahu, APM Terengganu akan meningkatkan pemantauan kawasan ‘hotspot’ bencana dengan kerjasama agensi menyelamat yang lain.

Katanya, kejadian sukar dijangka seperti ribut, angin kencang atau kebakaran sentiasa menjadi fokus pihaknya untuk membantu mangsa secepat mungkin terutama dalam musim perayaan.

“Terdapat banyak kawasan ‘hotspot’, namun buat masa ini APM Terengganu bertindak berdasarkan unjuran ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia dari masa ke semasa,” tambahnya. – UTUSAN

MOHD. Rosman Abdullah (depan) bersama sebahagian anggota dan pegawai APM Terengganu pada Majlis Pelancaran Op Prihatin Perinkat Negeri di Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya