3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat dadah

3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dianggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat aktiviti penagihan dadah.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata, sehingga Mac lalu, secara keseluruhan seramai 70,000 orang klien sedang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) dan Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) melalui Model i-Pulih.

Sehubungan itu, katanya, AADK menggesa semua pihak untuk tidak mengambil langkah berdiam diri dan menyembunyikan kes penagihan dadah dalam rumah masing-masing.

“Tindakan itu hanya akan membahayakan bukan sahaja keluarga, malah memberi kesan kepada kejiranan khususnya dalam aspek kesejahteraan dan keselamatan.

“Berdasarkan anggaran, setiap seorang penagih terdapat empat hingga enam ahli keluarga yang sengsara kesan daripada penagihan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, ahli keluarga tidak harus berasa malu dan menyembunyikan permasalahan dadah dalam kalangan keluarga malah perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.

“Oleh demikian, AADK tawarkan pelbagai inisiatif bagi membantu klien kekal pulih daripada penagihan dadah di 28 fasiliti Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) seluruh negara.

“Program rawatan dan pemulihan itu dilaksanakan oleh Pegawai AADK di 109 Pejabat Daerah AADK bagi memudahkan akses perkhidmatan rawat pulih kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Menurutnya, agensi itu juga menawarkan program rawatan dan pemulihan secara sukarela di 9 Puspen iaitu di Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Seri Iskandar, Perak; Sungai Besi, Kuala Lumpur; Jerantut, Pahang; Kota Bharu, dan Puspen Bachok, Kelantan; Puspen Dengkil, Selangor; Puspen Papar, Sabah serta Puspen Kuching, Sarawak.

“AADK turut memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu Rawatan Pemulihan Bergerak (MRT AADK) bagi meluaskan capaian program rawatan dan pemulihan khususnya di kawasan yang sukar dicapai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya