120 individu ditahan, mercun bernilai RM3.3 juta dirampas

120 individu ditahan, mercun bernilai RM3.3 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis merampas mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM3.3 juta dan menahan 120 individu atas kesalahan melanggar syarat, tidak mempunyai lesen atau permit dan menjual jenis yang tidak dibenarkan.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), Datuk Norsiah Mohd Saaduddin berkata, tindakan itu diambil bagi tempoh 28 Mac hingga 9 April lalu.

Beliau berkata, sebanyak 6,526 permohonan bagi mendapatkan lesen atau permit menjual bunga api dan mercun sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 5,188 permohonan diluluskan dan 1,338 ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norsiah berkata, semua kes kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Beliau berkata, polis menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan di seluruh negara termasuk penjualan secara dalam talian melalui platform media sosial serta e-dagang.

“Orang ramai diingatkan tidak terbabit dengan penjualan bunga api dan mercun secara haram. Tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.