Zakat Fitrah Selangor kekal RM7 - Utusan Malaysia

Zakat Fitrah Selangor kekal RM7

Zakat fitrah
PENGERUSI LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail (dua, kanan) menyerahkan replika kunci kepada penerima rumah baharu. Norhisyam Paimin dalam Program 'Kasihku Zakat Selangor' sumbangan syarikat CSR dekat Kampung Medan, Telok Panglima Garang di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kadar Zakat Fitrah di Selangor untuk ditunaikan pada Ramadan 2023 kekal seperti tahun lalu iaitu RM7, RM14 dan RM21 seorang mengikut jenis beras yang menjadi makanan hariannya.

Menurut Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd. Fikri Naim, penetapan kadar zakat tersebut adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan umat Islam di negeri ini pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg).

“Kadar zakat fitrah RM7 seorang adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan harian beras  jenis super special tempatan dan ia merupakan kadar wajib minimum sebagaimana diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. 

“Manakala kadar RM14 seorang adalah daripada beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi. Bagi kadar RM21 pula adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras jenis basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya,” katanya kepada pemberita pada Program ‘Kasihku Zakat Selangor’

Dalam program tersebut, LZS bersama Syarikat Central Sugar Refinery (CSR) dengan jumlah RM279,000 bagi pembinaan rumah baharu yang merupakan agihan semula zakat CSR kepada kumpulan asnaf dan fakir miskin di sekitar daerah Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Jelas Mohd. Fikri, bantuan pembinaan rumah baharu ini adalah antara bantuan yang disediakan oleh LZS bagi memenuhi keperluan asasi asnaf fakir dan miskin di Selangor, agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti. 

“Melalui program hari ini, LZS membina rumah baharu tiga bilik melibatkan kos berjumlah RM93,000.00 sebuah, dengan keluasan 980 kaki persegi lengkap dengan kemudahan asas bekalan elektrik dan air,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya