Vendor, pembekal bahan kempen Bersatu pun disiasat - Muhyiddin

Vendor, pembekal bahan kempen Bersatu pun disiasat – Muhyiddin

PEMIMPIN Bersatu semasa menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Menara PGRM, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, bukan beliau sahaja disiasat malah pertuduhan kes rasuah dihadapinya turut melibatkan siasatan terhadap vendor dan pembekal kempen pilihan raya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, siasatan berkenaan dibuat setelah akaun bank partinya dibekukan.

“Selain akaun, pemimpin parti ditahan reman dan didakwa, vendor dan pembekal bahan perkhidmatan Bersatu juga disiasat sampai begitu sekali.

“Yang kita buat baju, topi dengan gambar Abah, mereka juga disiasat. Apa tujuan mereka disiasat? Sebagai vendor dan pembekal mereka tidak ada kena mengena dengan sumbangan dana politik daripada Bersatu.

“Mereka membekalkan perkhidmatan dan barangan yang kita perlukan dan kita membayarnya, mereka tak salah,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini.

Katanya, tindakan itu hanya bertujuan menakut-nakutkan pihak yang bekerjasama dengan Bersatu.

“Saya tak nampak apa tujuan lain selain menakut-nakutkan pihak ketiga yang berurusan dengan Bersatu, walaupun semua urusan perolehan mengikut proses dan tatacara kewangan parti dengan sah, mereka tidak peduli.

“Tujuan jahat mereka supaya selepas ini tidak ada lagi pihak yang berurusan dengan Bersatu kerana takut disiasat dan tidak ada pihak yang ingin memberikan sumbangan kepada Bersatu kerana takut menjadi mangsa dan lumpuhkan Bersatu.

“Kalau lumpuh Bersatu, lumpuh juga Perikatan Nasional (PN), ini tujuan sebenar mereka. Mereka juga memberi gambaran buruk terhadap Bersatu dan PN,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya