Ustaz Azhar belum pulih, masih berehat di rumah - Utusan Malaysia

Ustaz Azhar belum pulih, masih berehat di rumah

USTAZ AZHAR IDRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pen­dakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus yang mengalami masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung masih berehat di rumahnya sejak keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada 19 Mac lalu.

Menurut sumber, keadaan kesihatan Ustaz Azhar belum pulih sepenuhnya dan memerlukan rehat secukupnya.

Katanya, difahamkan beliau juga tidak ke masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih sejak awal Ramadan lalu.

“Bagaimanapun, beliau boleh berpuasa. Cuma makan dan minum semasa berbuka serta bersahur masih perlu dikawal.

“Ustaz Azhar tidak boleh minum air melebihi satu liter sehari kerana masalah paru-paru yang dialaminya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam masa sama, sumber itu menambah, Ustaz Azhar juga perlu berjumpa dengan doktor di HSNZ untuk rawatan susulan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Saya mengajak semua umat Islam berdoa agar Allah memberi kesembuhan dan dikurniakan kesempurnaan kesihatan kepada Ustaz Azhar,” katanya.

Ustaz Azhar yang me­ngalami masalah kesihatan itu dimasukkan ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan pada 15 Mac dan dibenarkan keluar selepas kesihatannya semakin pulih, 19 Mac lalu.

Pendakwah terkenal, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu’ Al-Banjari dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut melawat Ustaz Azhar ketika menerima rawatan di hospital.

Selain itu, beliau juga telah membatalkan beberapa siri ceramah agama di seluruh negara berikutan mengalami masalah kesihatan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.