UMNO hanya alat PH - Muhyiddin

UMNO hanya alat PH – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa UMNO bukan lagi memperjuang kepentingan orang Melayu sebaliknya hanya menjadi alat untuk meneruskan kelangsungan kuasa Pakatan Harapan (PH).

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ia berbeza dengan parti diterajuinya yang memperjuang hak dan kebajikan orang Melayu dan bumiputera, kepentingan umat Islam serta untuk semua penganut agama lain.

“UMNO tidak lagi parti yang boleh diharapkan, mereka hanya minoriti dalam kerajaan, apa lagi orang Melayu boleh harapkan dari UMNO.

“Demokrasi pun mati dalam UMNO, perlembagaan parti dilanggar begitu sahaja semata-mata jaga kepentingan individu. Tujuan berubah daripada menjaga kepentingan orang Melayu kepada kepentingan individu,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di sini hari ini.

Katanya, UMNO juga dilindungi pucuk pimpinan PH demi mempertahan kuasa untuk terus mentadbir kerajaan persekutuan.

“UMNO bukan mementingkan orang Melayu tapi menjadi alat untuk meneruskan kelangsungan kuasa PH, bagi kita dan orang Melayu ini pengakhiran hayat UMNO.

“Namun, jatuh bangun UMNO bukan masalah kita, jika semakin lama dibiarkan berkuasa semakin banyak kerosakan, mungkin sukar diperbaiki.

 

“Mereka mungkin mengubah persempadanan kawasan pilihan raya untuk mengekalkan kuasa buat selama-lamanya, UMNO pun mengikut kehendak PH demi survival mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya