'Tuntut cerai bukan sebab harta'

‘Tuntut cerai bukan sebab harta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana menjelaskan sepanjang tempoh kemelut rumah tangganya, dia bekerja keras dengan mengambil tawaran berlakon bagi mencari pendapatan sendiri untuk menyara dua anaknya.

Katanya, dakwaan dirinya mahu menuntut cerai disebabkan mahu mendapatkan harta sepencarian dengan suaminya, Syamsul Yusof adalah tidak benar.

Pelakon Andai Itu Takdirnya malah menegaskan anak-anak adalah keutamaan buat dirinya sekarang kerana mereka tidak pernah berenggang sama sekali.

“Orang luar semua boleh nampak selama ini saya kerja keras demi mereka. Ini pun saya tidak cukup tidur kerana habis kerja penggambaran lewat malam tadi.

“Jadi takkanlah saya nak menuntut cerai semata-mata kerana harta? Apabila dia (Syamsul) memfailkan nusyuz, saya pula terus menuntut hadanah iaitu hak penjagaan anak-anak.

“Saya tidak tuntut harta pun, sebaliknya saya menuntut hak penjagaan anak semata-mata. Jadi anda boleh tahu apakah keutamaan dan perkara nombor satu dalam hidup saya ketika ini,” katanya.

Puteri Sarah ditemui ketika hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan pasangan itu, semalam.

Bagaimanapun, proses itu gagal mencari jalan penyelesaian apabila Puteri Sarah tetap dengan keputusan untuk bercerai.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, 16 Januari lalu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya