Tujuh Dua Belas angkat wanita lincah sebagai teraju utama - Utusan Malaysia

Tujuh Dua Belas angkat wanita lincah sebagai teraju utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan kes culik kanak-kanak yang membimbangkan menarik minat syarikat produksi Osmosis Production Sdn. Bhd. untuk mengupas isu berkenaan menerusi filem Tujuh Dua Belas.

Menurut pengarahnya, Thorpe Ali, filem bergenre aksi itu merupakan cetusan idea yang wujud 10 tahun lalu, ketika kes penculikan kanak-kanak sering berlaku dan hangat diperkatakan masyarakat.

“Tajuk Tujuh Dua Belas sebenarnya memberi gambaran tentang kejadian penculikan yang berlaku dari pukul 7.00 pagi hingga 12 malam. Ia satu bentuk amaran yang mengingatkan agar tindakan pantas harus diambil sekiranya berlaku jenayah ini.

“Jenayah culik ini selalunya tidak menunggu masa lama kerana ia mudah dikesan. Filem ini menceritakan tentang pergelutan watak utama dalam menjejak penculik,” ujarnya.

Antara barisan pelakon yang ditampilkan dalam filem ini seperti Farali Khan sebagi teraju utama disamping pelakon berbakat seperti Johan As’ari dan Adam Darwisyh.

Kemunculan pesilat  popular Indonesia, Chintya Chandranaya pula menjadi antara tarikan istimewa filem ini.

“Chintya tular di Youtube gara-gara aksinya menendang tong gas yang ditonton ramai di Internet,” katanya lagi.

Mengulas tentang genre aksi yang diketengahkan, Thorpe memaklumkan genre tersebut  antara yang digemari penonton selain seram dan komedi.

Bagaimanapun, ujarnya filem Tujuh Dua Belas tidak seperti filem aksi yang pernah diterbitkan sebelum ini.

“Kebanyakan filem aksi selalunya memaparkan watak lelaki selaku tunjang utama, tetapi filem Tujuh Dua Belas ini mengangkat golongan wanita yang lincah dalam seni bela diri.

“Disebabkan itu saya memilih pelakon seperti Farali Khan kerana dia memiliki asas seni bela diri seni bela diri campuran (MMA),” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya