Tujuh ditahan terlibat penipuan Kit APK - Utusan Malaysia

Tujuh ditahan terlibat penipuan Kit APK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tujuh individu disyaki terlibat dengan sindiket penipuan yang memperdayakan mangsa untuk memuat turun fail Kit Pakej Android (APK) diberkas selepas polis menyerbu dua premis di Jalan Tun Razak, dekat sini hari ini.

Penahanan kesemua suspek berusia 20 hingga 27 tahun itu berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan dengan tawaran gaji sebanyak RM4,000 sebulan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, hasil serbuan itu, pihaknya merampas 28 telefon bimbit dan lima unit komputer yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan sindiket penipuan tersebut.

Azmi berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan platform jual beli barang dalam talian untuk memperdayakan mangsa supaya memuat turun fail APK.

“Fail APK itu membolehkan sindiket menggunakan kad debit mangsa kerana mangsa memasukkan maklumat perbankan mereka ketika proses memuat turun fail tersebut.

“Akibatnya, kad debit mangsa akan digunakan melalui aplikasi pembayaran elektronik tanpa disedari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, sindiket penipuan itu telah beroperasi selama tiga bulan di sekitar Kuala Lumpur.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan tawaran daripada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

“Orang ramai juga perlu sentiasa berwaspada dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum memuat turun sebarang fail daripada sumber yang tidak sah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya